Author : Shekaa Azli
Cast : L.Joe as Byunghun , Chunji as Chan hee , Hoya as Hoya , L as Myungsoo and You as Hee Ra .
Genre : Friendship
03 2am - I Was Wrong
7 JULAI 2010
Aku menghempaskan badan ku di atas katil
bagi menghilangkan penat menyusun atur bilik . Aku baru shaja berpindah ke Seoul , setelah menetap
hampir sepuluh tahun di luar negara . Aku mengambil bingkai gambar yang
terletak di atas meja hujung katil ku . Aku menatap gambar tersebut . tertera
gambar empat orang kanak lelaki dengan seorang kanak kanak perempuan di tengah
tengah , mereka berumur sekitar lapan tahun .
“Hee Ra , kau janji dengak kiteorang yang
kau akan balik” salah seorang budak lelaki berkata .
“ oke aku janji” balas ku .
“Hee Ra , ambil la ni” seorang lagi budak lelaki berkata
sambil menghulurkan ,sekeping gambar . Aku mengambil gambar tersebut sambil
tersenyum .
Itu semua kenangan sepuluh tahun lalu sebelum aku berpindah
ke luar negara mengikut keluargaku . Aku mengambil diary ku , aku menyelak
helaian demi helaian sehingga sampai di satu helaian yang tertulis ‘What I Want
Before Die’ , helaian itu aku tatap lama , semuanya telah ditanda menandakan
semua telah dilaksanakan kecuali satu ‘Meet Myungsoo , Hoya , Chan Hee and
Byunghyun’ . Itulah sebabnya aku pulang ke Seoul sebelum semuanya terlambat .
Aku menatap semula gambar tadi .
“myungsoo , Hoya , Chan Hee , Byunghun korang ingat aku
lagi tak ? , korang ingat gambar ni lagi tak . Aku da balik , aku na jumpa
korang” aku bermonolog .
Aku sendiri tidak pasti adakah , keputusan aku mengajak
keluarga ku pulang ke Seoul
adalah keputusan yang betul . Dalam kegembiraan , aku sebenarnya takut . Aku
takut merka bertiga sudah melupakan aku . Aku takut mereka bukan lagi kawan
kawan yang aku kenali sepuluh tahun lalu . Masa boleh merubah segalanya ,
mungkin juga kuasa masa telah merubah merka bertiga . Lagipun ketika kami
berlima berpisah kami baru berumur lapan tahun .
10 JULAI 2010
Aku melihat jam , ia sudah menunjukkan jam 6.30 pagi , aku
bangun lalu mempersiapkan diri ku . Aku masuk ke tandas membersihakn diri . aku
memakai uniform sekolah ku , tali leher aku perbetulkan . Mengambil beg dan
turun untuk sarapan pagi .Aku tidak mahu lewat ke sekolah pada hari pertama ku
. Aku mengambil langkah berhati hati menuruni tangga .
“Morning omma , appa” aku menyapa mereka yang berada di
meja makan .
“morning sayang” omma membalas .
“So dah sedia na masuk sekolah baru ?” appa bertanya ,
sambil meletakkan surat
khabar yang dibaca di atas meja .
“sedia” balas ku riang , sambil mengangkat ibu jari ku.
“Nanti kalau ada apa apa terus call omma oke?”omma berkata.
“okey omma”
“Dah la tu , jom nanti kamu lambat pula” appa yang sudah
bangun berkata . Aku terus mengambil beg ku , mencium pipi omma dan terus ke
kereta .
Aku tiba di sekolah , hati ku berdebar debar . Aku
melangkah ke pejabat bagi menguruskan pendaftaran masuk ke sekolah . Setelah
selesai segalanya , aku mengikut Puan Kim , yang membawa aku kelas . Aku
melangkah dengan perasan berdebar debar . Aku masuk kelas . Kelas yang tadi nya
gamat dengan suara pelajar kini senyap apabila , Puan Kim melangkah masuk ke
kelas .
“oke kelas , hari ni kita ada pelajar baru . Silakan
perkenalan diri kamu” Kata puan Kim .
“Hello nama saya Lim Hee Ra” aku memperkenalkan diri ku
.Setelah aku memperkenalkan diriku , kelas bertukar menjadi bising .
“ kelas senyap” Puan kim meninggikan suaranya . Puan Kim
mengarahkan aku duduk . Dan dia berjalan ke arah meja yang trletak di belakang
, seorang pelajar lelaki sedang meletakkan kepalanya di atas meja seperti
sedang tidur .
“Myungsoo , bangun !” Puan kim berkata sambil mengetuk meja
pelajar tersebut . Aku terkejut mendengar nama yang di panggil .
Myungsoo ? adakah dia myungsoo , kawan kecil ku itu . Dia
semakin bergaya . Sedang aku asyik aku memerhatinya , anak mata kami tiba tiba
bertemu . Aku dengan segera mengalihkan pandangan ku . Takut ? mungkin ya , aku
takut dia tidak dapat megnenali ku .
“myungsoo mana kawan kawan awak?” Puan Kim bertanya nya
lagi .
“Chan Hee tak datang cikgu” jawabnya .
Setelah kelas berakhir , aku melangkah keluar dari sekolah
. Tiba tiba terdengar seperti suara memanggil ku .
“heyyy, budak baru” seorang lelaki memanggil . Sebaik sahaja
aku menoleh , aku terlihat myungsoo sedang belari kea rah ku .
“apa ?” tanyaku lembut .
“Kau Lim Hee Ra erk?”
“a’ah kenapa?”jawab ku agak lambat .
“kau anak doctor Lim kan?”
“a’ahh , kau ingat aku ke ?”tanyaku berhati hati .
“Mestilah aku tak pernah lupakan kau . wahh kau dah cantik
sekarang kan
?” myungsoo memuji .
“hah ? thank you .”aku tunduk malu .
“Jom pergi jumpa yang lain”
“hmmm , oke .” jawab ku tanpa berfikir panjang .
Aku melangkah bersama Myungsoo , menuju ke taman permainan
tempat kami selalu bermain dulu . Semasa perjalanan Myungsoo menghantar pesanan
ringkas kepada yang lain . Hati ku berbunga riang . Aku akan bertemu semula
dengan kawan kawan lama yang sangat aku rindui . Aku tidak menyangka semuanya
akan berjalan selancar dan secepat ini .
Sebaik sahaja aku sampai , kelihatan tiga orang lelaki
sedang berdiri di tepi buaian . Seorang sedang duduk di atas motor berkuasa
tinggi , seorang lagi sedang sibuk dengan headphone nya dan seorang lagi hanya
berdiri sambil menggoyangkan kakinya . Hati ku berdebar debar .
“heyy guys” Myungsoo menyapa mereka . Mereka menoleh
serentak . Reaksi wajah mereka berubah apabila melihat ku .
“wahh , kau ajak kiteorang keluar sebab na tunjukkan
girlfriend kau ke?” Salah seorang dari mereka berkata .
“ heyy , Korang ta ingat dia ke ?” Myungsoo berkata .
“Wait , Dia ni Lim Hee Ra”
Aku memandang mereka sambil tersenyum . Tiada satu patah
perkataan pun keluar dari mulut ku . Aku gembira mereka masih mengingati ku .
“ Hee Ra , kau cantik sangat” kata lelaki yang sedang duduk
di atas motor itu , Aku pasti dia adalah Hoya . Kerana ketika kecil dia memang
menginginkan motor berkuasa tinggi .
“ Korang pon sama , makin handsome . Mesti ramai perempuan
suka kat korang” kataku .
“Kau ingat lagi tak nama kiteorang ?”
“kejap yang ni Hoya” lelaki yang sedang duduk di atas motor
.
“yang ni Byunghun” lelaki yang memakai headphone . Kerana
dia amat meminati muzik .
:yang ni mestilah Chan Hee” aku berkata sambil tersenyum
“Wahh , nampaknya kau tak pernah lupakan kitaorang kan ?” Byunghun berkata
sambil tersenyum . Aku membalas senyuman itu .
Hari ku berakhir dengan penuh kegembiraan , aku bertemu
semula dengan kawan kawan ku . Wah , alangkah indah nya kalau perkara ini dapat
berkekal lebih lama . Aku tidak tahu sampai bila kebahagiaan ini akan beterusan
. Adakah esok semua ini akan berakhir . Tuhan , panjangkan lah kegembiraan ini
.
17 JULAI 2010
“Puan anak puan perlu membuat pembedahan dengan segera .
Cancer dia semakin merebak” Aku mendengar doctor berkata kepada omma. Jantungku
hampir jatuh . Pembedahan dengan segera . Aku takut . Aku baru sahaja merasai
kegembiraan di sini .
“baik lah” omma berkata kepada doctor .
“Kita akan lakukan pembedahan dalam masa sebulan lagi
.”doctor menetap kan
tarikh pembedahan ku .
Aku pulang ke rumah dengan pelbagai perasaan dalama hati ku
. Berdebar debar ,sedih dan takut . Aku
takut kegembiraan aku yang baru sahaja aku kecapi ini berakhir . Sebulan ,
bukan satu tempoh yang panjang , pejam celik pejam celik sebulan itu akan berakhir
atau mungkin hidup ku juga akan berakhir .
Aku terdengar telefon bimbit ku berbunyi , aku melihat di
screen telefon tetera nama Byunghun .
“hello” aku menyapa .
“hello , Hee Ra jom main kat taman” Byunghun berkata .
“hmmmmm ….~~~~” aku tidak pasti .
“Jom laa , kiteorang ada benda na cakap” Byunghun Berkata .
“okee laa , tunggu sekejap , kejap lagi aku sampai” kataku
. Aku terus mengambil baju panas yang terletak di belakang pintu bilik dan
terus ke taman seperti yang di janjikan .
Sebaik aku tiba ,aku nampak mereka berempat sudah menunggu
ku , tapi mereka tidak seperti biasa . Tiasa senyuman di wajah mereka . Seolah
olah ada perang dingin di antara mereka . Tanpa membuang masa aku terus
melangkah ke mereka .
“heyyyy” aku menyapa mereka dan aku letakkan sedikit
senyuman di bibirku . Senyuman palsu .
“ heyy” Chan Hee menjawab . yang lain hanya melemparkan
senyuman . Jelas sekali senyuman hambar yang di lemparkan .
“ Kenapa dengan Korang ni ? ByungHun tadi cakap ada benda
na cakap , apa dia ?” tanyaku .
“Sebenarnyaa kiteorang semua suka kat kau” Hoya pula
bersuara .
“ aku pun suka dekat korang” jawab ku selamba .
“ maksud Hoya , kiteorang semua suka kau lebih dari seorang
kawan” Myungsoo pula bersuara .
Aku hanya mampu terdiam , tidak tahu apa yang patut aku
jawab .
“so sekarang kau kena pilih salah seorang dari kiteroang”
Chan Hee berkata .
Aku tidak mampu memberi jawapan . Aku mengambil keputusan
untuk berlalu dari situ . Aku mengambil langkah pantas meninggalkan mereka . Aku tidak menoleh lagi .
23 JULAI 2010
Masuk hari ni sudah hampir seminggu aku tidak ke sekolah .
Omma tidak membenarkan aku ke sekolah . katanya aku harus berehat di rumah .
Berehat ? Aku makin rasa sakit ada lah . aku tidak tahu apa harus aku buat ,
bangun tidur , makan , tengok tv , melayari internet , tidur . itulah yang aku
ulang selama seminggu . Tiada satu pun perkara yang menyihatkan yang aku
lakukan . Paling tidak pun ibi akan membawa aku berjumpa doctor . Aku semakin
muak muka doctor itu .
Aku mengambil keputusan untuk menelefon Myungsoo ,
nombornya aku dail .
“Myungsoo !” panggil ku riang .
“Hee Ra ada apa ?”
“Jom pergi jalan jalan” ajak ku .
“jomm”
“kita jumpa dekat Sungai Han oke ?” aku berkata .
“okee”
Aku melangkah turun ke tingkat bawah . Aku melihat omma
sedang sibuk dengan Ahjumma di dapur , menyiapkan makan malam .
“ommma , Hee Ra keluar pergi jumpa kawan , Hee Ra tak balik
makan malam” kataku
“pergi mana?” omma bertanya .
“jumpa kawan , Hee Ra pakai driver tau” kataku . tanpa
menuggu balasan omma aku terus melangkah ke kereta . Dan menyuruh , pemandu menghantar ku ke
Sungai Han .
Ketika sampai , kelihatan Myungsoo belum sampai . Aku duduk
menantinya sambil memerhati keadaan sekeliling .Aku lihat banyak pasangan
kekasih sedang dudk bermesra . Berpegang dan berpelukan . Terdetik di hati ku
alangkah indahnya jika aku boleh merasai apa yang mereka rasa . alangkah
indahnya jika aku dapat bergembira seperti mana mereka gembira saat ini bersama
orang yang tercinta .
“Hee Ra !!” Sergahan Myungsoo mengejut kan aku .
“ hah ! , Myungsoo , kau buat terkejut aku je laa” aku
berkata
“ sorry , habis kau tu termenung jee”
“hee , jom pergi makan . Aku belanja” aku berkata .
“ wahh , bukan senang tuan puteri na belanja oke jom”
myungsoo berkata sambil tersenyum .
Kami berjalan menuju ke kedai makan berdekatan . Kami makan
, bersembang , bergelak tawa . Wajah Myungsoo sangat gembira .
“Myungsoo . aku ada benda na cakap” kataku , setelah kami
selesai makan .
“ apa ?” myungsoo bertanya .
“ aku suka dekat kau” kataku .
“ apa maksud kau ?”
“hari tu korang suruh aku pilihkan ? dan aku ambil
keputusan untuk pilih kau” kataku .
“kau serius ?”
Aku hanya mengangguk ,mengiakan sahaja . Myungsoo tersenyum
gembira .
Kami keluar dari kedai makanan , sambil berpegang tangan .
Kami menuju kea rah Sungai Han . Kami duduk , menikmati keindahan malam .
“kenapa kau pilih aku” tiba tiba Myungsoo bertanya .
“sebab aku suka kau” jawab ku selamba .
“ banyak mana kau suka aku ?” Myungsoo bertanya lagi .
“banyak … banyak ni “ aku mengucup pipi Myungsoo .
“banyak tu” aku berkata , sambil tersenyum .
Myungsoo masih lagi terkejut .
“Myungsoo , jangan bagi tahu orang yang kita ada apa apa
oke ?”
“kenapa ?”
“adalahh , jangan bagi tahu orang tau” aku berkata lagi .
Aku terlihat , pemandu ku sudah tiba , sudah masanya aku
pulang dan mengakhiri semua ini disini .
“Myungsoo , aku balik dulu” tanpa menuggu jawapan nya aku
terus bangun dan berlari kea rah kereta ku .
25 JULAI 2010
Aku melangkah ke sekolah dengan riang . Aku masuk ke kelas
dan duduk di tempat ku . Aku lihat tempat Myungsoo kosong .Munkin dia tak
datang . Tiba tiba Chan Hee melangkah masuk , dia memandang ku . Aku
melemparkan senyuman ku .Dia hanya membalas hambar . Aku tidak pasti mengapa
dia bertindak seperti itu .
Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa . Sekali sekala
aku menoleh ke arah chan Hee , dia kelihatan tekun mendengar apa yang di ajar
oleh guru . Dia tidak mempedulikan ku , walaupun sekali sekala anak mata kami
betembung . Dia tidak endahkan aku . Aku mula rasa tidak sedap hati .
Pada waktu rehat , aku pergi ke tempat Chan Hee ,
“Chan Hee , jom makan” kataku .
“ tak nak , aku tak lapar” katanya . Dia terus berlalu
meniggalkan ku .
Perangai Chan Hee semakin aneh . Selepas rehat dia tidak
masuk kelas . Selepas habis sesi persekolahan aku bertanya salah seorang kawan
kelas ku . Dimana Chan Hee , dia berkata
Chan Hee selalu ada dekat gelanggang bola keranjang . Aku terus melangkah ke
gelanggang bola keranjang . Aku meminjam bola keranjang darisalah seorang
pemain bola keranjang sekolah .
“heyyy budak comel” aku memanggil sambil membaling bola ke
Chan Hee . Dia hanya memandang aku dengan pandangan kosong .
“budak comel , ajar laa aku main bola keranjang” aku
berkata , dan mengambil tempat di sebelahnya .
“ kenapa kau tak pilih aku?”tiba tiba Chan Hee bertanya .
“siapa kata?” aku bertanya .
“jadi kau suka aku lah?”Chan Hee meminta kepastian .
“Mestilah “ aku berkata .
“Cepat lahh , ajar aku main basketball” aku merungut seakan
akan budak kecil .
“ Jom” Chan Hee , mula bangun . Dia berdiri di gelanggang .
Aku hanya mengikut langkah nya . Dia mengajar aku bagaimana bermain Bola
Keranjang . Kami bermain dengan gembira . Aku menolaknya sehingga jatuh hanya
semata mata untuk menjaringkan bola . Dia hanya tergelak melihat tingkah laku
ku .
“Chan Hee sini sekejap”aku menyuruhnya dia mendekat kan mukanya kea rah ku
seketika .
“apa?”
“muaahhhh” aku mengucup pipinya .
“apa ni ?” Chan hee bertanya .
“ Tak kan
marah kut” aku bertanya . Dia hanya tersenyum dan mengelengkan kepalanya .
27 JULAI 2010 .
Aku melihat calendar . Tinggal berapa hari je lagi ,
sebelum aku melakukan pembedahan . Perasan takut menyebulungi hati ku . Aku
melihat jam , ia menunjukkan pukul 7 malam . Malam sabtu yang membosankan . Aku
teringat yang ByungHun bekerja di salah sebuah kelab sebagai seorang DJ . Aku
menggapai telefon bimbit ku .
“hello Byunghun” aku berkata .
“ Hee Ra , nak apa ?” Byunghun bertanya .
“ kau kat mana ?” aku bertanya .
“ aku on the way pergi tempat kerja , kenapa?”
“ kau kerja kat kelab mana?” aku bertanya
lagi .
Setelah mendapat nama kelab yang tempat
Byunghun bekerja aku terus , keluar untuk ke tempat itu . Kebetulan omma dan
appa ada majlis makan malam di hospital appa . Jadi dengan mudah aku keluar dari
rumah .
Sebaik
sahaja aku masuk kelab , aku lihat ramai orang sedang menari nari . Aku cuba
mencari Byunghun . . Akhirnya aku nampak dia berada di tempat DJ . aku melambai
lambai nya , dia yang perasan akan kehadiran ku , melabai kembali . Dia memanggil
ku kearahnya .
Byunghun
, memberikan aku salah satu Headphone nya . Aku meletakkan headphone di telinga
ku . Dan mula menari mengikut rentak lagu .
Byunghun
meminta kepada bosnya agar dia dibenarkan pulang awal , bosnya membenarkannya .
Kami beerjalan pulang bersama . Byunghun kata dia ingin menghantar aku pulang .
“Hee
Ra kau tak suka aku ke?” Byunghun bertanya .
“aku
suka kau laa , kau yang paling aku suka”
jawab ku .
Byunghun
hanya tersenyum bila aku berkata begitu .
Akhirnya
kami sampai di depan rumah ku . Byunghun memandang ku seperti tidak membenarkan
aku masuk . aku tersenyum , aku mnyuruhnya menundukkan kepala nya sedikit .
Tanpa banyak Tanya dia hanya melakukan paa yang di perintah . Dengan aku
mengucup pipinya . Dan terus berlalu masuk ke dalam rumah .
30
JULAI 2010
Aku
tidak di benarkan ke sekolah lagi hari ni . Sungguh membosankan , aku mengambil
keputusan untuk curi curi keluar dari rumah . Aku keluar , melalui pintu
belakang . Aku menuju ke rumah Hoya . Rumahnya tidak jauh dari rumah ku .
Aku
membunyikan loceng beberapa kali , pada mulanya tiada siapa membuka pintu .
Setelah bebrapa kali menekan . Pintu di buka , Hoya membuka pintu , dia memakai
baju tanpa lengan kelihatan tubuh badan nya yang tegap .
“Hee
Ra , ada apa ni ?” Hoya bertanya .
“saja
je”aku membalas .
“masuk
la” hoya mempelawa .
“tak
pe laa , aku sebenarnya bosan . Ingat na ajak kau jalan jalan dengan moto besar
kau tu” aku berkata . sambil menunjukkan
motor Hoya yang berada di garaj rumahnya .
“ohh
. itu yang kau na , tunggu aku tukar baju sekejap”
Tidak
sampai 30 minit menunggu Hoya keluar , membawa dua topi keledar . Aku dan dia
menuju ke padang
sekolah rendah kami dulu . Aku berlari lari di padang itu seperti kanak kanak . Hoya hanya
memerhatikan ku .
“
Saya Lim Hee Ra suka dekat lelaki yang bernama Hoyaa !!” jeritku di tengah
tengah padang
itu .
“Hee
Ra betul ke ?” Hoya memgang lengan ku , sambil bertanya .
Aku
mengucup pipi nya pengganti jawapan kepada soalannya . Hoya terus memeluk ku
.Dia kelihatan terlalu gembira .
Kami
berlari di padang
, seperti kanak kanak yang sedang main kejar kejar .
“Hoya
, hantar aku balik . aku da penat”
kataku .
“oke
jom” balasnya .
1
OGOS 2010
Aku
sedang mengemas kelas , membersihkan apa yang patut menyapu dan sebagainya .
Tiba tiba rakan kelas ku berlari masuk ke kelas ,
“
Hee Ra , Hoya , Byunghun ,Chan Hee dengan Myungsoo bergaduh kat padang” aku terkejut
dengan apa yang di sampaikan kawan ku . Aku terus berlari ke padang .
Sebaik
sampai aku nampak mereka sedang bertumbuk .
“kyahhhh
. korang ni kenapa ?” jeritku .Secara automatic mereka berhenti bergaduh . Aku
membawa mereka semua ke bilik kesihatan .
“asal
korang bergaduh?”aku bertanya sambil mengubati luka Byunghun .
“kau
cakap kau suka salah seorang dari kiteorang , tapi semua orang kau suka”
Myungsoo berkata .
“aku
suka korang semua” aku berkata .
“tapi……”
Tanpa
mendengar apa yang ingin di kata oleh Chan Hee aku terus mengambil langkah
untuk pergi , tapi sebaik sahaja sampai di pintu bilik kesihatan . Aku rasakan
kepala ku berpusing . Aku tidak dapat berdiri dengan betul .Aku cuba
berjalan tapi tiba tiba badan ku rebah . Padangan ku mula kabur , dan akhirnya
semua nya gelap gelita .
Aku
membuka mataku perlahan aku lihat , ByungHun , Hoya sedang duduk di sebelah katil ku manakala
Chan Hee dan Myungsoo sedang berdiri di penjuru katil ku .
“Hee
Ra kau da bangun !” Chan Hee berkata . automatic , yang lain memandang ku .
“
kau oke ?” hoya bertanya .
“kenapa
kau tak bagi tahu kami ?” giliran Myungsoo bertanya .
“kyahh
, satu satu laa , macam mana aku nak jawab” marah ku , . Aku mengambil nafas
panjang .
“oke
first aku oke . aku ingat na bagi tahu korang nanti” jawab ku .
“tapi
kenapa ?” Byunghun masih bertanya .
“sebenarnya
tujuan aku balik Seoul
sebab na jumpa kali terakhir” jawab ku serba salah .
“
habis apa mksud yang kau suka kiteorang semua?” Myungsoo bertanya .
“aku
nak tinggalkan kenangan manis , tapi tak tahu laa pulak jadi macam ni” jawab ku
lemah .
“So
kau ingat kau buat macam ni , kau boleh buat kiteorang happy laa” Chan Hee mula
meninggikan suara .
“
Sorry guys , aku balik sebab na tunaikan janji aku , tapi aku da buat korang
marah” air mataku mula berlinangan .
“asal
kau tak terus terang je ?”
“aku
takut , aku tak nak korang rasa terbeban kawan dengan aku” .air mata yang tadi
hanya berlinangan kini jatuh sebutir demi sebutir .
“actually
omma aku da plan na balik Singapore
sebab aku akan buat pembedahan dekat sana”
aku berlaku jujur .
“
habis kau na tinggalkan kiteorang lagi?” Hoya bertanya .
“sorry
, guys , aku akan pergi minggu depan” kataku .
“tak
de cara lain lagi ke?”
“tak
de” balas ku .
“I’m
so sorry” aku berkata .
Mereka
hanya mendiamkan diri .
“ni
akan jadi kenangan terindah dalam hidup aku , aku mungkin tak balik Korea lagi so for the last time ,jom amik gambar
dengan aku” aku cuba
menceriakan suasana .
Mereka
hanya berdiri tanpa berkata apa apa .
“kyahhhh
, macam ni laa korang” aku berpura pura merajuk .
Mereka
melangkah kea rah ku , aku mengambil telefon bimbit yang berada di poket baju
ku .
“one
, two , three cheese” kami mengambil gambar bersama sama .
Itulah
pengakhiran nya , semuanya da terbongkar dan aku dapat juga bertemu dengan
kawan kawan ku . Maafkan aku kawan kawan ku kerana mempermainkan dan menipu
korang .
T.T tsk. air mata mengalir dengan sendirinya.
ReplyDelete