Sunday, 18 September 2011

contest : once upon my life story .




Ss501 - Only One Day 
 Tittle : ONLY ONE DAY
lyrics : ONLY ONE DAY - ss501 //tak tahu laa ada kena mengena ke tak //
character : me as Hae Rin , Seungri as seungri
Bias : Seungri
place : Jeju

   Once upon a time , hampir kesemua cerita dongeng bermula begini , adakah aku harus memulakan cerita ku seperti cerita dongeng ? aku rasa tidak perlu , kerana cerita ku bukanlah seperti cerita dongeng . Kenapa cerita ku bukan seperti cerita dongeng ? kamu akan ketahui selepas seleasai membaca keseluruhan cerita ini .
Aku sedang berjalan seorang diri di Pulau Jeju bagi menenangkan fikiran ku yang berkecamuk . Aku melangkah membawa langkah ku satu persatu . Aku melihat beberapa pasangan kekasih sedang berpegang tangan sambil berjalan dengan penuh kegembiraan . Aku mengambil tempat di salah satu bangku yang ada , aku memandang ke arah langit , sungguh cerah .

Aku merasakan ada seseorang datang dan duduk di sebelah ku , aku toleh aku melihat seorang lelaki yang memakai t-shirt berlengan pendek  , seluar paras lutut dan memakai topi .dia tidak menoleh sedikit pun kea rah ku .  Aku terus memandangnya , dan minda berputar putar memikirkan adakah aku mengenali lelaki ini ?

“tak perlu laa pandang saya macam tu” teguranya mematikan segala apa yang ada di minda ku .
“ sorry , awak kenal saya ke ?” Tanya ku meminta kepastian .
 “ saya , Seungri” beritahu nya .
“ohh , saya Hae Rin” kata ku , memperkenalkan diri .
 “ sekarang awak da tahu nama saya , saya pun da tahu nama awak . maknanya kita da kenal” kata-katanya buat aku aku terkesima seketika .
“ oke laa , saya pergi dulu” aku meminta diri  , lelaki ini menakutkan .

Pagi yang indah , aku memakai pakaian sukan , . Aku meletakkan tuala kecil di leher ku dan menyumbat earphone mp3 ku ke dalam telinga . aku keluar berjogging sambil menghirup udara segar . Aku merasakan , seperti ada seseorang mengekori ku . Aku toleh ke belakang , aku melihat lelaki semalam sedang berjalan di belakangku .

“ hye Hae Rin shii” katanya sambil mengangkat tangan . Macam mana lah dia ada kat sini .
“hye seungri shii” balasku .
“ nampaknya kita memang ada jodohkan ?” katanya .
“ jodoh ?”
“yelaa , kita asyik terserempak je”
“kebetulan je laa” balas ku .
“macam ni , kalau kita terjumpa selagi lagi maknanya kita memang ada jodoh” katanya .
“oke” jawabku pendek . dan terus berlalu ke depan .

Setelah beberapa hari berlalu , hari ni adalah ari terakhirku di Jeju . Aku sudah siap mengemaskan barang ku . Aku melangkah keluar dari bilik hotel ku , terus melangkah kaki ke lobby mengambil teksi untuk ke lapangan terbang .

Setelah mendaftar segalanya , aku menuju naik ke pesawat , mencari tempat duduk ku . Akhirnya aku menjumpainya . Aku mengambil tempat ku , di sebelah ku terdapat seorang lelaki sedang membaca majalah . Ketika aku ingin mengeluarkan mp3 ku , siku ku tertolak sikunya .

“mianhae .mianhae” aku meminta maaf .
Lelaki itu meletakkan majalahnya , dan memandang ku . Betapa terkejutnya ku apabila melihat  lelaki itu adalah Seungri . sejak pertemuan kami pagi itu , kami tidak ada terserempak lagi .
“ehh , Hae Rin shii , kita jumpa lagi” katanya sambil tersenyum
“hmm” balasku pendek . yang masih terkejut .
“ kan saya da cakap kita memang ada jodoh” katanya .

 Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan . Tiba sahaja di lapangan terbang . Aku terus melulu keluar ,

   “Hae Rin shii” Terdengar suara seungri memanggil ku .
   “ada apa seungri shii” aku bertanya .
   “ni kad saya kalau ada apa apa hubungi la saya” dia menghulurkannya dan berlalu pergi . Aku melihat apa yang tertulis . dia bekerja di agensi model . bukan sebagai model tetapi seorang pengurus .
**************
     Aku membelek belek senarai model yang akan memodelkan koleksi baju ku , tapi tiada satu pun yang berkenan di hati ku . aku terus menggapai telefon yang terletak di penjuru meja

    “Chae-Kyeong , masuk ke bilik sekejap” aku memanggil pembantu ku . tidak sampai beberapa minit , kedengaran pintu bilik ku di ketuk .
“masuk” arah ku .
“ada apa cik panggil saya ?” chae-kyeong bertanya sebaik sahaja masuk .
“tolong cari agensi model , saya perlukan segera”
“kenapa  ta guna model yang dah ada ?”
“model ni tak sesuai dengan konsep baju saya”
“baiklah , cik . cik na model macam mana ?” chae-kyeong bertanya .
“model yang …” tiba tiba aku teringat seungri , dia bekerja di agensi model . aku mengambil beg tanganku , mencari cari sesatu , akhirnya aku temui kad yang diberi seungri .
“ awak cuba call orang ni” arah ku .
“baiklah cik” katanya .

Sebenarnya aku sendiri tidak tahu , adakah menelefon Seungri adalah keputusan yang tepat . Si lelaki pelik , yang menganggap setiap kali perjumpaan kami adalah jodoh . sudah lah , aku sudah menyuruh chae-kyeong menelefon seungri . Aku menyambung semula kerja kerja ku belum bertimbun timbun .

Telefon pejabatku berdering  ,
“ada apa Chae-kyeong ?’” tanyaku sebaik sahaja mengangkat telefon .
“agensi model yang saya hubungi tadi , bagi tahu mereka bersetuju untuk kita guna model diorang”
“ohh , great . so bila kita boleh jumpa diorang ?”
“saya dah aturkan temu janji dengan mereka esok tengahari” jelas Chae-kyeong .
“oke then”


Keseokannya harinya , aku menunggu mereka di restoran yang di tetapkan . aku sudah siap membawa bebrapa kertas kerja yang diperlukan . setelah lima minit menunggu kelihatan sesorang memakai kemeja bewarna biru laut dan seluar slack masuk kedalam restoran , itulah Seungri . Aku mengangkat tanganku . Dia melangkah ke arah ku .

“hyee Hae Rin shii” tegurnya .
“hye” blasku sopan .
“tak sangka awak akan telefon saya , selepas hampir sebulan” katanya
“saya buat ni atas urusan kerja”
“oke , should we start”

Aku menyerahkan kertas kerja ku , dia juga ada menyerahkan beberapa keping gambar modelnya . Model model nya amat menarik . cantik dan sesuai untuk koleksi pakaian ku . Setelah hampir satu jam berbincang , semuanya telah dipersetujui .

“lepas ni , makin selalu laa kita jmpa” seungri berkata .
“maybe” balas ku . Aku meminta diri untuk beredar .

Hubungan aku dan seungri semakin rapat sejak kami bekerjasama . hampir setiap hari , dia akan menelefon aku . Kadangkala pada urusan yang tak penting . Kadangkala pada urusan yang penting  dan ada juga kami berjumpa untuk makan bersama sama. aku tidak pernah kisah . Kerana bagi ku dia adalah lelaki yang baik  dan menghormati perempuan .

Hari ini adalah hari peragaan koleksi baju ku . Aku tidak melihat seorang demi seorang model keluar memperagakan baju ku . Sungguh menawan . Tiba tiba telefon ku berdering , ada satu pesanan ringkas dari Seungri .
“lepas habis acara jumpa saya dekat tempat biasa” itulah yang tertulis .

Selepas habis sahaja acara itu aku terus ke restoran  di mana tempat kami slelau berjumpa , masuk sahaja ke restoran itu , aku ternampak seungri sedang duduk di salah sebuah meja yang ada . aku terus pergi ke arahnya . Aku duduk dan memandang wajahnya yang bersih itu . Seungri sudah pun memesan makanan . Setelah selesai menjamu selera .

“saya ada benda na cakap” seungri memulakan perbicaraan.
“apa ?” tanyaku sedikit gementar , dia kelihatan serius hari ni .
“awak nak tak jadi teman wanita saya?” pertanyaan mengejutkan ku , dia sudah pun mengeluarkan cincin . aku tidak mampu berkata apa apa .
“lagi pun urusan kerja kita pun da selesai , kalau awak reject saya hubungan kita akan berakhir sama dengan urusan kerja kita” katanya lagi . aku masih terpaku .
“Hae Rin Shii” panggilnya .
“sebenarnya saya pun suka kat awak” kataku malu malu .

Seungri tersenyum , sungguh manis sekali senyuman itu . Mula saat itu kami officially couples .
*************
Hubungan kami berjalan dengan lancar , tiada apa yang menghalang . semuanya baik sahaja . Setiap hujung minggu kami akan meluangkan masa bersama sama pergi berjalan , makan ais krim , kami seperti pasangan yang ada di dalam drama drama yang disiarkan , kami adalah watak utamanya . Dia pernah beritahu ku , bahawa aku orang yang menceriakan hidupnya . Dia sangat bertuah memiliki ku .

.Semuanya indah  sahaja , sehingga ada sehari seungri tidak menghubungi ku . Aku fikir dia mungkin sibuk . tetapi perkara ini berterusan selama berminggu minggu .Aku ada cuba hubunginya , tapi  tiada jawapan , aku cuba menghubungi sharikatnya , pembantu nya memberitahu bahawa dia sedang sibuk . Setiap kali dihubungi itulah jawapan nya . 

Suatu hari aku mengambil keputusan untuk pergi ke pejabatnya . Sebaik sahaja sampai di pejabatnya , aku terus memberitau pembantunya aku ingin berjumpa seungri , setelah menelefon seungri , pembantu nya memberitahu bahawa , seungri tidak mahu diganggu . Aku sudah mula panas , tanpa mempedulikan kata kata  pembantunya aku terus melangka masuk ke bilik pejabat nya . Sebaik sahaja aku melangkah masuk , aku melihat seungri sedang berciuman dengan salah seorang modelnya . Hati ku bagai di siat siat . Inikah sebabnya dia tidak menghubungi ku .

Tanpa berfikir panjang , aku terus meluru keluar dari pejabatnya  . Air mata ku gugur satu persatu , aku tidak pernah menyangka ini akan terjadi kepada ku . Aku tidak tahu dimana salah ku . Aku memandu kereta ku , meredah jalan raya . Air mata ku turun seperti hujan yang turun pada musim tengkujuh .

Telefon bimbit ku berdering entah berapa kali agaknya , aku pun tidak tahu . Ia berdering dan terus berdering , tapi aku tidak mengendahkannya . Akhirnya telefon itu berhenti berdering , aku mengambil telefon ku dan mencabut baterinya . Aku terus baring di atas katil dengan air mata yang masih bersisa aku tertidur .

Aku terjaga dari tidurku , aku melihat jam di dinding ia menunjukkan jam sembilan pagi . Nasib baik hari ni hari Ahad , aku tidak perlu ke tempat kerja . Aku mengambil telefon bimbit ku , ,memasang semula batteri . 30 missed call . 14 text message . aku membaca text message , salah satunya adalah dari seungri . Dia ingin berjumpa ku , di restoran biasa .

*************

Aku melangkah masuk ke restoran , aku terus melangkah ke seungri . Aku duduk di hadapannya . Kami hanya senyap ,  tidak berkata apa apa pun .
“Ada apa awak nak jumpa” tanyaku . setelah agak lama kami berdiam diri .
“hmm , kita putus” katanya . Aku fikir dia akan menerangkan kejadian semalam , rupa rupanya untuk mengakhirkan semuanya .
“tapi kenapa?” tanyaku meminta kepastian .
“sebab saya tak suka awak” selamba dia menjawab .
“tipu ! awak kata awak sayang saya , awak kata saya yang menceriakan hidup awak” kataku , air mata ku tidak dapat di tahan . Ia  terus mengalir .
“ awak bodoh sebab percaya , saya da cakap benda yang sama dekat banyak perempuan” kata katanya amat menyakitkan , dia bukan seperti seungri yang aku kenal . Dia lain . Aku terus bangun .
“Hae-Rin” dia memanggil ku . aku memandangnya .
“hubungan kita da berakhir , jangan hubungi saya lagi” katanya . Aku terus melangkah . pergi . sungguh perit rasanya .

Aku tidak menyangka hubungan kami akan berakhir seperti ini . Ia sangat menyedihkan kerana aku ditipu . Ditipu oleh seorang lelaki . Dia berjaya mengambil hatiku , dan akhirnya dia menyiat nyiat hatiku . Kenapa ini yang terjadi kepada ku , kenapa ini ? bukan kah  sepatutnya ia berakhir dengan kegembiraan . ? Bukankah begitu ?


*************

Sudah lima bulan , semuanya telah pun ku lupakan , walaupun agak perit . Luka di hati ku masih ber bekas . Masih ada ruang kosong , tapi tak berani ku isikan takut , ia luka kembali

Aku sudah pun , kembali bekerja semula dengan penuh senyuman seperti sebelum kejadian itu . Sedang sibuk , aku menyemak senarai model , telefon bimbit ku berbunyi . nombor yang tak di kenali .

“hello” kata ku .
“hello tu Hae Rin ke ?” Tanya satu suara tak di kenali .
“ye saya , siapa ni ?” Tanya ku
“ saya Ji Ae , boleh tak awak datang hospital Seoul sekarang” dia berkata .
“kenapa ?’
“awak akan tahu bila awak da sampai”


Aku terus mengambil baju panas ku , dan bergegas ke hospital Seoul . sebaik sahaja sampai aku nampak model yang bersama Seungri , dia ke Ji Ae ? dia melangkah kea rah ku .

“ ada apa ?” tanyaku
“ikut saya”
Aku mengekorinya , kami tiba di salah sebuah wad , kami masuk ke dalam , ada seorang lelaki sedang berbaring di situ , doctor dan nurse sedang mencabut wayar wayar yang ada , lelaki itu adalah seungri . Doktor menutup mukanya dengan selimut . Aku amat terkejut . .

“dia ada leukemia” Ji Ae memberitahuku . aku terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Ji Ae

Aku pergi ke arah seungri , aku duduk di sebelahnya aku memegang tangannya , sejuk sahaja . aku memandang mukanya yang pucat , rambutnya sudah tiada , tenang sahaja mukanya
   “Seungri , kenapa awak tak bagi tahu saya ? kenapa awak buat saya macam ni ? kalau awak bagi tahu saya , mesti saya akan ada dengan awak sampai detik terakhir , kenapa awak tinggal kan saya macam ni ? kenapa kenapa ?” aku bertanya kea rah sekujur tubuh yang telah kaku .

Terasa bahu ku dipegang lembut ,
“dia tinggalkan ini untuk awak” Ji Ae memberikan aku , sebuah kotak . Aku membuka kotak itu , kotak itu penuh dengan kenangan kami . Gambar gambar kami , cincin kami . Kertas yang pernah aku conteng . Semuanya ada . Di sebalik semua benda itu ada sepucuk surat terselit

Hae Rin , masa awak baca surat ni , mesti awak tengok saya da terkujur kaku kan ? Hae Rin saya na mintak maaf dekat awak , atas semua benda yang saya da buat . Saya buat macam ni sebab tak nak awak susah . Saya tak nak awak tengok saya menderita . maafkan saya sayang . Saya tahu kalau awak tau saya macam ni dari mula mesti awak akan cakap ‘please receive my last courage’ .
Saya tak na macam tu . saya na awak hidup bahagia , tolong lupakan saya . saya tau awak akan cakap susah tetapi time will fix it . cari pengganti saya yang lebih baik dari saya .
Terima kasih atas segalanya , saya sayang kan awak .

Air mataku jatuh berguguran . inilah sebab nya dia minta putus dari ku . inilah pncanya . Aku tidak mampu berkata apa apa lagi , hanya air mata sahaja yang mampu melahirkan segalanya . Dia sudah tinggalkan aku . Tinggalkan aku dengan kenangan kenangan manis dan pahit kami bersama .

***************

Aku duduk di tempat yang sama di mana kami mula mula berjumpa dulu . Aku memegang gambar kami bersama . Sudah hampir setahun semuanya berlalu , aku masih lagi tidak menjumpai pengganti Seungri dan aku masih lagi merinduinya . Aku memandang kea rah langit , aku tersenyum  , aku tahu seungri sedang memandang ku dari atas sana . Mungkin juga dia salah satu bintang yang menyinar pada waktu malam .

kenangan kami satu persatu bermain di kepalaku ,  macam sebuah filem yang di main kan semula . kenangan dari kami mula berjumpa hinggalah kenangan terakhir kami . aku berharap agar aku boleh kembali ke masa silap , dan aku akan beritahunya bahawa aku amat mencintainya . Tapi semua itu tidak mungkin akan berlaku .
Sekarang kalian tahu mengapa cerita ku tidak seperti cerita dongeng kerana cerita ku berakhir dengan pengakhiran yang menyedihkan .  cerita dongeng akan berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan .



I Love You , My Sweet Reader :)

No comments:

Post a Comment